Methodology Kajian - Kajian Tindakkan

3.1 PENDAHULUAN

Bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai, metodologi merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Ianya bagi menjamin kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini adalah bersesuaian dengan pembolehubah yang hendak dikaji serta hipotesis-hipotesis yang digunakan di dalam kajian. Metodologi penyelidikan memberi panduan dalam pelaksanaan serta cara pelaksanaan penyelidikan (Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan, 2007). Bab ini akan menjelaskan tentang metodologi kajian yang digunakan oleh penyelidik untuk menyempurnakan kajian ini. Aspek yang dibincangkan termasuklah reka bentuk kajian, tempat kajian, subjek kajian, instrumen kajian, prosedur kajian dan cara menganalisis data.

3.2 REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan kaedah kualitatif. Rekabentuk kajian kes ini dipilih untuk membolehkan penyelidik memahami secara mendalam mengapa pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris gagal dilaksanakan dan menyebabkan kerajaan memutuskan untuk memansuhkan dasar PPSMI.

Rekabentuk kajian kes melibatkan pengumpulan maklumat secara sistematik dan mendalam mengenai tingkah laku individu tertentu, keadaan sosial atau peristiwa khusus untuk mengetahui bagaimana tingkah laku individu atau perubahan keadaan sosial berlaku. Kajian kes boleh dilakukan untuk menyelidik satu peristiwa pada perspektif yang luas dan khusus (Chua Yan Piaw, 2006).

3.3 RESPONDEN KAJIAN

Responden kajian adalah terdiri daripada murid-murid Tahun Lima dan guru-guru yang mengajar Matematik di sekolah rendah di kawasan Gemencheh, Negeri Sembilan. Tujuan pemilihan murid-murid Tahun Lima adalah kerana mereka telah menjalani pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris selama lima tahun dan bakal menduduki peperiksaan UPSR. Guru-guru pula dipilih di kalangan guru-guru yang mengajar Matematik kerana mereka terlibat secara langsung dalam menentukan kejayaan dan kegagalan pelaksanaan pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris. Laporan Eksekutif Kajian PEMBINA menunjukkan prestasi murid PPSMI semakin menurun dari Tahun Satu hingga Tahun Enam dan guru-guru pula kekok berbahasa Inggeris, kurang yakin dalam penyampaian dan pedagogi mereka tidak berkesan serta hambar (Laporan Eksekutif Kajian Pembina : Tamatkan PPSMI, 2009).

3.4 LOKASI KAJIAN

Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah rendah di kawasan Gemencheh, Negeri Sembilan. Ia melibatkan sembilan buah Sekolah Kebangsaan (SK), empat buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dan tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Sekolah-sekolah tersebut ialah :

a. SK Air Kuning Selatan, Gemencheh, NS.
b. SK Bukit Jalor, Gemencheh, NS.
c. SK Bukit Rokan, Gemencheh, NS.
d. SK Bukit Rokan Utara, Gemencheh, NS.
e. SK Datuk Abdullah, Gemencheh, NS.
f. SK Gedok, Gemencheh, NS.
g. SK Rokan, Gemencheh, NS.
h. SK Sungai Dua, Gemencheh, NS.
i. SK Sungai Jerneh, Gemencheh, NS.
j. SJK (C) Air Kuning Selatan, Gemencheh, NS.
k. SJK (C) Ladang Bukit Kledek, Gemencheh, NS.
l. SJK (C) Ladang Regent, Gemencheh, NS.
m. SJK (C) Sin Min, Gemencheh, NS.
n. SJK (T) Air Kuning Selatan, Gemencheh, NS.
o. SJK (T) Ladang Bukit Kledek, Gemencheh, NS.
p. SJK (T) Ladang Regent, Gemencheh, NS.

Lokasi kajian ini dipilih kerana semua sekolah rendah di kawasan ini adalah dalam kategori sekolah luar bandar. Keberkesanan pelaksanaan program PPSMI adalah bergantung kepada faktor-faktor persekitaran seperti tahap pendidikan dan ekonomi keluarga pelajar, lokasi sesebuah sekolah dan bahasa pertuturan seharian (Che Wan Jazimah, Nor Azmi Noor, Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya).

3.5 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data kajian ini adalah terdiri daripada analisis dokumen dan soal selidik.

3.5.1 Data latar belakang sosio-ekonomi keluarga

Data ini diperoleh daripada analisis dokumen Sistem Maklumat Murid dan Borang Maklumat Murid yang memang digunapakai di semua sekolah di seluruh Malaysia. Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Borang Maklumat Murid (BMM) dihasilkan daripada aplikasi Microsoft Access. Keluarga yang terlibat adalah terdiri daripada keluarga murid-murid Tahun Lima.



3.5.2 Data pencapaian Matematik dan Bahasa Inggeris

Data ini diperoleh daripada analisis dokumen Sistem Analisa Peperiksaan Setengah Tahun dan Akhir Tahun. Data yang dikumpul adalah berbentuk peratus dan gred markah yang diperoleh murid bagi matapelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris Tahun Lima untuk melihat perkembangan pencapaian murid dalam kedua-dua matapelajaran berkenaan.

3.5.3 Data tahap penguasaan Bahasa Inggeris guru yang mengajar Matematik

Data ini diperoleh berdasarkan kepada keputusan Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan daripada Penilaian Tahap Profisiensi Guru dalam Bahasa Inggeris. Guru-guru yang terlibat adalah guru-guru yang mengajar Matematik Tahun 5. Penilaian Tahap Profisiensi ini menguji guru-guru PPSMI dalam tiga kemahiran iaitu kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Keputusan penilaian ini adalah berdasarkan Tahap 1 hingga Tahap 5 (Band 1 hingga Band 5).

3.5.4 Data tahap kemahiran komputer di kalangan guru yang mengajar Matematik

Data ini diperoleh daripada soal selidik yang akan diberikan kepada guru-guru yang mengajar Matematik Tahun Lima. Item-item yang dibina dalam soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Excel, Power Point, Publisher, Access) untuk menghasilkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik, kemahiran menggunakan internet, kemahiran menggunakan CD pembelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran dan kemahiran mengendalikan alatan komputer lain seperti LCD Projektor, Scanner, Laptop dan Printer. Penggunaan komputer dan internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self paced , dan self directed, dan seterusnya akan menjayakan matlamat pelaksanaan sekolah bestari, untuk melahirkan modal insan yang berketrampilan, kreatif, inovatif serta berakhlak mulia (Tengku Zawawi, 1999).

3.6 TATACARA PEMEROLEHAN DATA

Data-data kajian diperoleh daripada analisis dokumen dan soal selidik. Dokumen seperti data Sistem Maklumat Murid dan Borang Maklumat Murid, data pencapaian Bahasa Inggeris di peringkat SPM, data Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris Guru PPSMI, data analisa markah Matematik dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan setengah tahun dan akhir tahun murid-murid Tahun Lima diperoleh daripada sekolah-sekolah yang terlibat dan Pejabat Pelajaran Daerah Tampin. Borang-borang soal selidik akan diberikan oleh penyelidik kepada guru-guru yang berkenaan.

3.7 TATACARA PENGANALISISAN DATA

Data daripada analisis dokumen dan soal selidik akan dianalisa menggunakan . perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) bagi membantu menganalisis data.

















BIBLIOGRAFI

Aini Hassan, Wan Hasmah, Wan Mamat. 2007. Mengajar di luar bidang pengkhususan : Sejauh manakah seriusnya masalah ini di Malaysia. Jurnal Pendidikan 27(1). Universiti Malaya. hlm. 149-163

Abdullah Mohd Noor. 2005. Pencapaian Bahasa Inggeris dan Matematik serta kaitan dengan latar belakang sosial murid: Perspektif sosiologikal. Studies in Education 9(1): 97-107

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan. 2009. Menguasai penyelidikan dalam pendidikan : Teori, analisis dan interpretasi data. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Bernama. 2009. Dedah laporan pencapaian murid merosot. Utusan Malaysia, 10 Februari. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0210&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm&arc=hive

Clara Chooi. 2009. PPSMI not good for rural kids. The Star, 19 Julai

Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi, Nor Azmi Noor. 2005. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik : Pelaksanaan dan cabaran. Jurnal Pendidikan, Universiti Malaya. http://myais.fsktm.um.edu.my/5388/1/2.pdf

Chong Chee Keong, Sharaf Horani & Jacob Daniel. 2005. A study on the use of ICT in Mathematics teaching. Malaysian Online Journal of Instructional Technology 2(3): 43-51. http://pppjj.usm.my/mojit/articles/pdf/Dec05/06%20-%20A_Study_on_the_Use_of_ICT_in_Mathematics_Teaching-final.pdf

Dasar pengajaran dan pembelajaran Universiti Kebangsaan Malaysia. http://pkukmweb.ukm.my/ppa/dokumen/Dasar%20Pengajaran%20dan%20pembelajaran.pdf

Dr. Mahathir Mohamad. 2009. Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.html

Dr. Paul Lau Ngee Kiong, Hwa Tee Yong, Lau Sie Hoe. 2005. An exploratory study on the effect of teaching and learning Mathematics using English. Universiti Teknologi MARA Sarawak. http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/hwaUITM.pdf
Jimadie Shah Othman. 2009. GMP bidas media perkecil kempen mansuh PPSMI. 12 Februari. http://www.malaysiakini.com/news/98162

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010.

LIM, Chap Sam & CHEW, Cheng Meng. 2007. Mathematical communication in Malaysian bilingual classrooms. http://www.criced.tsukuba.ac.jp/math/apec/apec2008/papers/PDF/11.LimChapSam_Malaysia.pdf

Mas Nida Md. Khambari, Priscilla Moses & Wong Su Luan. 2009. Laptop ownership and use among educators : Reflections from school teachers in Malaysia. International Journal of Instruction 2(2): 47-72. http://www.e-iji.net/dosyalar/iji_2009_2_4.pdf

Noor Azlan Ahmad Zanzali. 1995. Continuing issues in mathematics education : The Malaysian experience. Universiti Teknologi Malaysia.

Noor Awanis Muslim, Nora Dato’ Yahya, Nurazariah Abidin. 2006. Persepsi guru-guru terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. SITMA.

Noraini Idris, Loh Sau Cheong, Ahmad Zabidi bin Abdul Razak, Vorjoharuddeen Mohd Nor, Rahimi Md Saad. 2006. Effective implementation of teaching Mathematics and Science in English: A case study. Jurnal Pendidikan, Universiti Malaya. hlm. 101-115. http://myais.fsktm.um.edu.my/5352/1/8.pdf

Naresh Kumar, Raduan Che Rose, Jeffrey Lawrence D’Silva. 2008. Teachers’ Readiness to Use Technology in the Classroom: An Empirical Study. European Journal of Scientific Research 21(4): 603-616. http://www.eurojournals.com/ejsr_21_4_04Naresh.pdf

Ong Saw Lan, May Tan. 2008. Mathematics and Science in English : Teachers experience inside the classroom. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil.23, hlm.141-150. http://www.usm.my/education/publication.

Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA). 2009. Laporan eksekutif tahap kompetensi guru dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Inggeris serta implikasinya terhadap pembangunan modal insan murid. http://arkib-ppsmi.blogspot.com/2009/03/laporan-eksekutif-kajian-pembina.html

Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. PPSMI. http://www.moe.gov.my/?id=130&lang=my

Philip ak Pupur. 2006. Antara aku, mereka dan peralatan PPSMI. Jurnal Penyelidikan Tindakan 2006, Jilid 1/Kerjasama IPBL dengan PPG Sri Aman dan PPDK Serian, JPN Sarawak di bawah KPKIPBL : 111-119
Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan. 2009. Mengapa kami bantah!. Ed. ke-2. Persatuan Penterjemah Malaysia.

Rahmad Sukor Ab. Samad, Shahrir Jamaluddin. 2005. Peranan kepimpinan guru dalam mempengaruhi iklim bilik darjah. Masalah Pendidikan, hlm. 117-129. Universiti Malaya.

Seman Salleh. 2005. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu : Kajian kes di sebuah sekolah rendah di daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Jurnal IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2.

Trends in international mathematics and science study. 2007. http://www.iea.nl/timss2007.html

Tuah Ishak, Mohini Mohamed. 2008. Kesan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris terhadap pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. http://eprints.utm.my/7781/1/P43-Tuah%26Mohini.pdf

Zulkifli Jalil. 2009. Mansuh PPSMI muktamad – TPM. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url