Messages PART 2 - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Thursday, July 8, 2010

Messages PART 2

sayang nak delete message yg member2 bagi so, gua sambung letak message ni sbg entri utk ari ni...kalau korang nk guna message ni nk hantar kat sape2 boleh la quote msg ni ok...kita layan.........

1. Sekali kaki melangkah di jalan ALLAH Jangan undur. Biar masa berganti, aqidah jangan mati. Biar zaman berubah, keyakinan pada ALLAH jangan goyah. Salam Maal Hijrah 1431 H (FARAH HANIM)
2. “nikmat paling manis apabila ALLAH mentarbiah kita dengan pelbagai ujian. Namun taut dan ukhwah antara kita mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberi suntikan semangat perjuangan. Alirkan hlawatul ukhwah, kesugguhan dalam berjuang melalui robitoh hati. Ya ALLAH peliharalah sahabat yang ku saying ini dan peliharalah ukhwah kami. (SYU)

3. Di saat2 resah, AL-QURAN lah yang paling mujarab kerana ia adalah warkah cinta dari pencipta. ALLAH adalah kekasih yang paling memahami. Masakan tidak. Dialah Raja segala cinta kerna Dialah sebenarnya Pencipta Cinta.(FAIRUZ)
4. “biar sejuta ilmu kita dalami, yakinlah bahawa itu hanya setitis air dari seluas lautan. Hadirkan dalam hati rasa keinsafan, moga ilmu itu menjadi wadah mendekati tuhan”. Hepi besday n wish u a very gud luck (ADILA)
5. “jika datang kesulitan, maka ketahuilah bahawa itu hanyalah awan di musim panas yang sebentar lagi akan berlalu. Jangan takut dengan gemuruh petir dan sambaran kilatnya kerana boleh jadi awan itu malah membawa hujan yang menyejukkan”. Selamat hari lahir ke 22. Friendship forever. (SYU)
6. “setipa orang yang berfikir akan berusaha untuk mendapatkan kebahagiaan melalui ilmu, harta atau kebolehan yang dimilikinya. Orang yang paling bahagian diantara mereka adalah orang yang beriman kerana kebahagiaan dia tetap berlanjutan disetiap situasi hingga bertemu tuhannya.Selamat Hari Lahir yg ke 22 (FAIRUZ)
7. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang menyayangi kamu sehinggalah kamu kehilangannya. Saat itu sesalan tiada gunanya kerana perginya tidak akan kembali lagi. (MIE)
8. Jangan ucapkan SAYANG jika benar2 tidak peduli. Jangan ucapkan RINDU jika benar2 tiada. Jangan sentuh hidup seseorang jika berniat hanya untuk memainkannya. Jangan ucapkan AKU CINTAKAN MU jika itu hanya satu penipuan. Perkara paling kejam yang kita lakukan buatkan seseorang jatuh cinta pada kita sedangkan kita x berniat langsung nak menerimanya. (AINA)
9. I met iman, taqwa, peace, patience, love, health and wealth today. They need a home to stay, so i gave them your address. May them be with u too..(AINA)
10. Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan.kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakitinya. Mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. (SYU)
11. “hati manusia ibarat wadah, maka berebutlah para malaikat dan syaitan untuk memilikinya. AWAS!!jangan biarkan syaitan menang kerana isinya adalah kekufuran. (AINA)
12. Alihkan matamu ke laut. Airnya cantik membiru dan penuh ketenangan tapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia didalamnya. Begitulah dengan kehidupan manusia. Riang, ketawa tapi hanya ALLAH yang tahu rahsia hidupnya. Jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang. Jika rasa sedih pandanglah ke langit, akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu. (SYU)
13. “carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan ALLAH supaya hadir rasa KESABARAN dan KESYUKURAN. Setiap yang payah, pasti ada KESENANGAN. Setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesaat ditakdirkan untuk kita, tak ada sesiapa pun yang dapat menghalang. Jika sesaat bukan ditakdirkan untuk kita, pasti kita tak kan dapat walaupun ia dah berada dalam gengaman kita.(SYU)
14. “tidak akan kamu berperasaan gundah walaupun sekali jika kau tahu apa yang dicari – Umar Al-Khattab. (SYU)
15. Orang yang besar memiliki dua hati : 1 hati menangis dan 1 hati bersabar. (SYU)
16. YA ALLAH, hadiahkanlah CINTA dan KASIH SYGMU demi memelihara kesejahteraan dan kebaikan INSAN ini kerana kutahu hanyaMu ya ALLAH yang mampu menjaga dirinya lebih baik dariku.
17. Sahabat bukan satu tapi seribu. Bukan sementara tapi selamanya. Bukan untukk dimusuhi tapi disayangi. Bukan untuk dilupai tapi diingati. Bukan hanya disini tapi dimana –mana. Bukan setakat ini tapi hungga hujung nyawa. (ISE)
18. When it rains, you don’t see the sun but it’s there. Hope we can be like that. We don’t see each other but we’ll always remember each other. Friendship forever. (SYU)
19. SAHABAT apa ertinya? Mungkin mcm iklan ALI CAFE: Sahabat sejati sentiada dihati atau FAIR N LOVELY: Tiap hari syg. Tapi mak saya cakap sahabat tu bahaya mcm iklan ASTRO: mcm2 ada. Apa2 pun saya tak kisah, bagi saya sahabat tu macam iklan LOREAL: kerana dirimu begitu berharga. (POK DA)
20. Disaat ibumu tertidur, cuba kamu melihatnya dan bayangkan matanya tak kan terbuka untuk selamanya. Tangannya tak mampu lagi menghapus air matamu dan tak ada lagi nasihatnya yang sering kita abaikan. Bayangkan ibumu sudah TIADA, apakah kamu sudah membahagiakannya? Apakah kamu pernah berfikir bertapa besar pengorbanannya?(KAK CIK)

No comments:

Post a Comment