Messages PART 1 - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR



Wednesday, July 7, 2010

Messages PART 1

Dok lepak2 sambil menghadap laptop, gua pun dok terfikir dalam handphone gua ada banyak message dr kekawan..mcm2 message yg ada..gua dok simpan messages tu sampai penuh peti INBOX gua..So, gua pun taip message tu blk n gua nk mskkan msg tu sbg entri gua utk kali ni..Nilah serba sedikit message yg gua dpt..kat tepi message tu gua tulis sape yg hantar message kat gua...huhu..(cam x der keja gua ni)..haha

1. Rahmat Allah terlalu luas dan berada di mana-mana. Tempat yang kau duduki sekarang merupakan lautan ilmu yang melimpah. Hanya kuatkan hati jejaki kaki ke taman-taman ulama. Di situ pasti sinar nur ilmu akan dapat kau gapai. Lupakan kata-kata dan kisah dahulu. Jadikan ia sebagai penguat jiwa nuranimu.(YAT)
2. For things i did wrong. For words which might hurt. For jokes you cant’s take and for advises you can’t accept. 1001 apologize. (YAT)
3. Indahnya DUNIA hanya sementara. Indahnya CINTA hanya seketika. Indahnya MIMPI kadang-kadang tak pasti, tapi indahnya PERSAHABATAN sukar di cari ganti.(YAT)


4. Andai aku ditaqdirkan pergi dulu, ku mohon kemaafan atas segala kesalahan dan kesilapan diriku sama ada perkataan, perbuatan, tingkah laku aku selama ini. Maafkan aku. (YAT)
5. Ibu melahirkan kita sambil menangis kesakitan. Namun masihkah kita ingin menyakitinya? Masih mampukah kita tertawa melihat penderitaannya? Memakinya? Melawannya? Memukulnya? Kita sendirian. Sedarilah bahawa dalam dunia ini tak ada seorang pun yang sanggup mati demi melihat ibu tapi seorang ibu sanggup mati demi anaknya. (BUCAH)
6. Aku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar, IA beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu, diberi ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian kaktus itu berbunga, indah sekali. Dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah jalan TUHAN, indah pada masanya. Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tetapi dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kita sedih kecewa, terluka. Tetapi jauh diatas segalanya DIA telah mengaturyang terbaik dalam kehidupan kita. (FAIRUZ)
7. Sometimes kita berdoa untuk kuat tapi kenapa banyak dugaan. Sometimes kita minta cerdik tapi masalah pula yang timbul. Sometimes kita minta kebahagiaan tapi huru hara pula. Dugaan menjadikan mental kita kuat. Masalah menjadikan kita berfikir. Huru hara menjadikan kita tabah. Hebat tak ALLAH? Semua ada hikmah. Kalaulah manusia tahu hadis ini; Telah berkata Jibrail “Wahai TUHAN, Engkau sampaikan hajat hambaMu, maka ALLAH menjawab: Biarkan hambaKU itu, kerana Aku mencintai suaranya. Hepy besday yang ke 23” (ADILA)
8. Pepatah Arab ada berkata “Masa diibarat seperti pedang yang terhunus, jika kita tidak menggunakannya dengan baik, maka dia akan mengheret kita”. So umur dah bertambah ni, maknanya hidup dah makin matang, jadi gunalah masa sebaik baiknya. Apy befday yang ke 23. (SAFUAN)
9. Ya Allah andai hari ini Kau kurniakanku seorang pemuda buat menjadi teman sahabatku, biarlah dia seorang yang punya fitrah yang kuat berdakwah, yang tidak redha dengan kemaksiatan, yang lincah mentadbir umat, yang tak langsung berlengah untuk serahkan harta dan jiwanya pada jalanMU, yang tenaganya tak sedikit pun berbaki untuk mengejar dunia, yang hatinya bertaut pada masjid, yang malamnya hidup untukMU dalam tahajud yang menyuci jiwa dan Ya ALLAH, ku mohon padaMU kurniakanlah ku kekuatan untuk mengikuti pemuda seperti ini YA ALLAH. Ameen. (YAT)
10. Tuhan...dakaplah erat-erat dirinya agar dia tidak penah rasa ingin meninggalkanMU walaupun ditinggalkan sekalian makhluk. Balutilah hatinya dengan kesucianMU agar dia tidak pernah dikotori walaupun disekelilingnya dipenuhi coretan hitam maksiat dan sertailah setiap langkahnya agar dia sentiasa dituntun kea rah sabilMU walaupun dalam kembaranya ditaburi dengan duri-duri ujian yang menyakitkan. Peliharalah dia kerana Engkaulah sebaik-baik pemelihara. (YAT)
11. Ya ALLAh tika kau hadiahkanku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMU. Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku. Tika hadiahkanku sahabat, kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku, peniup semangat juangku. Saling membantu memikul beban dakwah agamaMU. Tika Kau hadiahkanku sahabat, Kau jadikanlah hubungan ini disemai atas redhaMU. Teguhnya atas cinta padaMU. Dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan dari meningatimu. Ya ALLAh bahagiakanlah hatiku dan hati sahabatku dengan cinta kepadaMu dan kekasihMU. Amin (YAT)
12. “Hiasilah diri dengan senyuman walau diri diambang kedukaan kerana ia melambangkan ketabahan hati dan kekuatan iman. Senyumlah dari hati, pasti dunia akan berseri. (ANA)
13. Sebening air wuduk, sesuci AL-Quran, semerdu alunan zikir, seindah solat 5 waktu, setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam. Andai tanganku tak sempat berjabat, jika muka tak sempat bertatap, bukalah pintu maaf untukku. Selamat Hari Raya Aidifitri. Maaf zahir dan batin. (FAIRUZ)
14. Cinta bukan dosa tapi suati pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Allah semakin mendalam. Cinta kepada manusia bererti cinta kepada Pencipta. Bersyukurlah cinta pernah singgah di hati anda. (SYU)
15. If ever day come and you find a better friends than me, just remember that what i gave to you is the best of what i have and what i am to you is the best that i can only be.(SYU)
16. A true relation is not like the RAIN which pours and goes away. A true relation is lieu the air. Sometimes silent but always around you. (YAT)
17. Guru dalam ajarnya ada harapan. Dalam tegurnya ada doa. Dalam marahnya ada saying. Dalam tawanya ada mesra. Dalam diamnya ada bijaksana. Dalam tangannya, kita semua terbina. Berbahagialah menjadi GURU. Selamat Hari Guru. (FAIRUZ)
18. Jadilah seorang guru yang hadirnya DITUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU, tingkah lakunya di TIRU. SELAMAT HARI GURU. (SYU)
19. Bersusah-susah dahulu sememangnya hidup begitu. Kelak nanti engkau sendiri tegak berdiri, gagah berlari. Selamat berjuang dalam final exam. Semoga kejayaan milik kita bersama. (SYU)
20. A friend is a push when you are stopped. A word when you are lonely. A guide when you are searching. A smile when you are sad. A song when you are glad. (FAIRUZ)
21. Ada masa kita perlu menangis agar kita tahu dunia bukan untuk ketawa. Ada masa kita perlu ketawa agar kita tahu bertapa bernilainya setitis air mata. Ada masa kita perlu seorang teman agar kita tidak kesunyian. Tapi tanpa kita sedari ada masa kesunyian akan membuatkan kita tidak lupa tentang seorang teman. (SYU)

No comments:

Post a Comment