METRO - Lima individu diminta tampil - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Tuesday, April 20, 2010

METRO - Lima individu diminta tampil

http://emo.huhiho.comSHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor(Jais) memandang serius laporan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam portal Malaysiakini.com pada 12 April lalu bertajuk ‘Telan Air Ludah Ustaz!’ kerana perkara yang dibangkitkan itu jelas bertentangan dengan syariat Islam.
Pegawai Perhubungan Awam Jais, Nurhamizah Othman, berkata siasatan kes itu dibuat mengikut Seksyen 7 (Doktrin Palsu) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No 9, 1995.

Menurutnya, kehadiran penulis kira-kira jam 3 petang kelmarin bersama dua peguamnya ke Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jais gagal mendapat maklumat lanjut berhubung laporan yang diterbitkan dalam portal itu.


“Kehadiran penulis (Dr Mohd Asri semalam (kelmarin) tidak dapat memberi butiran tepat dan spesifik mengenai sumber asal maklumat penulis yang diperlukan Mais dan Jais bagi mengekang dan membenteras perbuatan seperti didakwa.


“Penulis mendakwa, beliau mendapat sumber itu daripada lima orang yang terpaksa dirahsiakan namanya atas nama ‘amanah’ yang terbeban di bahunya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.


Mais dan Jais serius mengenai laporan yang dibangkitkan kerana ia keadaan yang jelas salah dengan syariat Islam dan perbuatan yang dilakukan itu menjangkau kebiasaan adat dan norma.


Nurhamizah berkata, pendedahan bersifat terbuka kepada umum itu boleh dikatakan sebagai sesuatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bersifat ‘sub judis’ atau ‘baling batu sembunyi tangan’ sekali gus boleh melahirkan senario baru dan persepsi negatif terhadap umat Islam, khususnya di Selangor.


“Jais berharap, lima individu yang diberi gambaran penulis segera tampil berjumpa dengan penguatkuasa Jais bagi memberi butiran keterangannya supaya isu ini dapat diselesaikan termasuk mendakwa individu yang didapati terbabit dengan perbuatan didakwa.


“Mais dan Jais juga berharap mana-mana individu yang dapat membantu siasatan tampil ke hadapan untuk membongkar isu ini.

“Mais/Jais agensi yang diberi tanggungjawab menjaga agama dan mendaulatkan dengan segala keupayaan yang dimilikinya. Mais/Jais bukan agensi yang ‘merai’ atau ‘takut’ dengan individu atau kumpulan tertentu, apatah lagi dalam perkara yang boleh menganggu gugat pegangan akidah umat Islam di Selangor,” katanya.


Nurhamizah berkata, Mais dan Jais tidak akan bertolak ansur dan akan mengambil tindakan tegas dalam isu berkaitan akidah jika ianya jelas menyalahi undang-undang.


“Justeru, Mais dan Jais harap kerjasama daripada semua pihak untuk sama-sama mendaulat dan memertabatkan Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya.

No comments:

Post a Comment