Tubuh jawatankuasa khas kaji tugas guru - Sumber: myMetro - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR



Wednesday, March 31, 2010

Tubuh jawatankuasa khas kaji tugas guru - Sumber: myMetro

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung guru sekolah di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan memandang serius masalah itu yang dikhuatiri menjejaskan prestasi guru terbabit dan pencapaian pelajar untuk jangka masa panjang.



Beliau berkata, jawatankuasa itu akan menentukan sama ada beban ditanggung itu adalah beban berlebihan atau tanggungjawab guru.

Katanya, jawatankuasa diketuai Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom itu akan dianggotai wakil beberapa pertubuhan terbabit antaranya NUTP untuk mengemukakan cadangan menangani masalah beban tugas guru itu.


NUTP antara lain mengadu terdapat guru sekolah menanggung beban berlebihan melibatkan kurikulum, ko-kurikulum, bilik darjah dan hal ehwal murid sehingga menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. - Bernama


No comments:

Post a Comment