- Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Sunday, March 7, 2010

EMPAT tahun lalu, masyarakat dikejutkan dengan kejayaan Nur Amalina Che Bakri yang memperoleh 17 A1, sekali gus mencatat sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Sejak itu, pelajar berlumba-lumba untuk memperoleh keputusan yang lebih cemerlang.Rentetan daripada kejayaannya itu, seorang lagi pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Yan, Kedah, Azali Azlan, berjaya memecahkan rekod Nur Amalina dengan mendapat 21 A dan Nik Nur Madihah Nik Kamal, 20 A dalam SPM 2008.Kejayaan mereka memang mengagumkan dan setiap pelajar mengimpikan untuk mencatatkan keputusan sama.

Namun, keputusan cemerlang SPM yang tidak seragam seperti 14 A, 15 A atau 19 A menimbulkan pelbagai isu termasuk tawaran biasiswa.
Kebanyakan pelajar yang memperoleh biasiswa terutama daripada kerajaan mendapat lebih 10 A dalam SPM.

Ini memberi tekanan kepada pelajar yang hanya mengambil 10 mata pelajaran.
Justeru, bagi memberi keadilan kepada semua pihak, mulai tahun depan, calon SPM hanya dibenarkan mengambil maksimum 10 mata pelajaran.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan itu membolehkan guru memberi tumpuan kepada pengajaran subjek teras dan menangani kemelut kekurangan guru bagi sesetengah mata pelajaran.
Ibu bapa juga tidak perlu menghantar anak mengikuti kelas tuisyen berikutan waktu pembelajaran subjek tambahan di sekolah tidak mencukupi.

Keputusan yang diumumkan beliau yang juga Menteri Pelajaran, Khamis lalu disambut baik masyarakat terutama golongan pendidik, ibu bapa dan pelajar sekolah.
Bekas Pengetua Kolej Tunku Kurshiah (TKC) Seremban, Negeri Sembilan, Tengku Azuan Tengku Mohamed, berkata keputusan memaksimumkan bilangan mata pelajaran kepada 10 subjek satu langkah yang wajar dan baik.

Menurutnya, pengambilan lebih daripada 10 mata pelajaran membuatkan pelajar itu terlalu memfokuskan kepada pelajaran semata-mata.
“Kini, bidang pendidikan sudah berubah. Cemerlang dalam akademik saja tidak mencukupi dan ia perlu diseimbangi dengan kokurikulum dan sahsiah diri.
“Jadi, dengan mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran, ia tidak akan dapat membentuk insan atau pelajar yang seimbang dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah diri,” katanya.

Beliau yang berkhidmat lebih 32 tahun dalam bidang pendidikan berkata, pelajar gagal memberi tumpuan jika mengambil lebih mata pelajaran dalam SPM.
“Masa terluang mereka juga terhad kerana perlu dihabiskan untuk mengulang kaji pelajaran.

“Jika tiada masa terluang, bagaimana untuk bersukan dan melakukan aktiviti rekreasi,” katanya.

Sistem sekarang yang membenarkan pelajar mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran tidak adil terutama kepada pelajar di sekolah berasrama.
“Pelajar sekolah berasrama mampu memperoleh keputusan cemerlang seperti mereka yang mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran.
“Namun, tiada peluang mengambil subjek lain, mereka hanya mampu memperoleh 10 A dalam SPM,” katanya.

Oleh itu, mengehadkan pengambilan mata pelajaran bagi calon SPM bermula tahun depan adalah wajar dan adil. Sementara itu, Pesara Tentera, Othman Hassan, 49, berkata keputusan itu wajar.Katanya, ia meringankan beban pelajar yang menghadapi beban dengan subjek sedia ada.

“Sebagai bapa, saya merasai tekanan mereka kerana banyak tumpuan perlu diberikan kepada subjek tertentu.
“Jika 10 subjek pun mereka tidak mampu memperoleh A dalam setiap mata pelajaran, inikan pula jika jumlah mata pelajaran wajib bertambah,” katanya.

Othman yang mempunyai lima anak berkata, guru kini boleh memberi tumpuan kepada subjek penting


No comments:

Post a Comment