Yobo Mahu Saman - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Saturday, October 10, 2009

Yobo Mahu Saman


BINTANG Everton, Joseph Yobo bercadang menyaman beberapa akhbar Nigeria mengenai berita dia dilaporkan bersuka ria di kelab malam untuk menyambut hari jadinya hanya beberapa jam selepas gagal membantu Nigeria mengalahkan Tunisia pada perlawanan kelayakan Piala Dunia di Abuja baru-baru ini.

Yobo menempelak khabar angin itu, menyifatkannya sebagai "gosip tidak berperikemanusiaan dari neraka".

Laporan media tempatan menyatakan penolong ketua pasukan Eagles itu menganjurkan parti, ketika berjuta-juta peminat kecewa selepas impian negara itu beraksi pada pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan tahun depan semakin terumbang-ambing.

"Ia amat menjengkelkan, kerana apa yang ditulis adalah jelas satu penipuan dan sukar untuk dipercayai," kata Yobo.

SUMBER:Metro

No comments:

Post a Comment