Fesyen - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR



Saturday, October 10, 2009

Fesyen

Kitaran fesyen dan stail tiada penghujungnya. Biarpun pelbagai rekaan fesyen terkini di pasaran, namun fesyen vintaj sentiasa kekal dan masih diminati. Dengan erti lain, fesyen sentiasa berkitaran tanpa pengakhiran.

Fesyen vintaj sentiasa menjadi satu fenomena yang popular terutama bagi penggemarnya. Jika anda mahu jadikan fesyen vintaj sebagai satu gaya, anda perlulah ketahui panduan bagaimana untuk menggayakannya.

Walaupun ramai pereka fesyen mengambil inisiatif dan mencipta rekaan dengan perincian dan stail ala ‘old school’, namun anda mungkin boleh memperoleh pakaian dan aksesori vintaj dari almari ayah anda, atau di butik bundle yang ada di sekitar ibu kota.

PANDUAN PERLU TAHU
Sekiranya anda mahu mencari dan mendapatkan pakaian atau aksesori vintaj, berikut beberapa perkara yang perlu anda tahu.

Belajar membezakan antara ‘thrift’ dan ‘vintage’.
Pakaian atau aksesori yang dibeli di thrift store adalah second-hand, dan lebih murah berbanding apa yang anda beli di stor authentic vintage. Anda boleh beli aksesori dan pakaian thrift di kedai-kedai yang menjual barangan second-hand. Pakaian vintaj merujuk pada aksesori dan pakaian dari era berbeza, dan biasanya barangan vintaj ini mempunyai rangkaian harga tinggi lagi berkualiti.

Ketahui keadaan sesuatu pakaian/barangan.
Sama ada anda membeli-belah di kedai thrift atau stor vintaj terbaik di tempat anda, pastikan barangan itu berada dalam keadaan baik. Periksa jahitan, perincian, lapisan serta luaran barangan tersebut. Pastikan anda tidak melakukan pengubahsuaian pada barangan itu (sesetengah barangan apabila diubahsuai memakan belanja lebih mahal dari harga barangan itu sendiri).

Tahu bagaimana menentukan authentic vintage.
Jika anda seorang pencinta aksesori dan pakaian vintaj, pasti anda mengetahui keaslian sesuatu aksesori dan pakaian itu. Bagi yang kurang pasti, anda boleh mengetahuinya menerusi rekaan aksesori dan pakaian itu serta tahun ia dicipta atau direka. Anda akan perasan beberapa tanda keaslian dan kualiti sesuatu barangan dan pakaian vintaj melalui hasil kerja tangan seperti penggunaan butang, lubang butang, lekukan, jahitan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment