LARANGAN ZINA.... - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR



Tuesday, March 4, 2008

LARANGAN ZINA....

1. Menjauhi zina mindaContohnya, jika seseorang lelaki duduk berjauhan daripada seorang wanita, tetapi mindanya membayangkan sedang melakukan perbuatan lucah dengan wanita itu, dia ketika itu melakukan dosa walaupun secara zahirnya berjauhan daripada wanita itu. Dia sebenarnya sedang melakukan ‘zina minda.’ Kes begini banyak terjadi di alam siber, melalui internet chatting, bertukar gambar di e-mel dan internet TV. Perlakuan ini perlu dijauhi, jika telah terlanjur melakukannya banyakkan beristighfar.2. Menjauhi zina mataDemikianlah juga dengan pandangan mata. Jika seseorang lelaki melihat seorang wanita dari jauh dengan pandangan syahwat, dia juga berdosa walaupun ketika itu wanita itu duduk berjauhan daripadanya. Ketika itu dia melakukan ‘zina mata.’ Sahabat Rasulullah SAW, Jarir bin Abdullah, pernah berkata: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai melihat wanita dengan tidak disengaja, maka sabdanya: "Palingkanlah pandanganmu." (Hadis riwayat Muslim)Nabi juga bersabda kepada Saidina Ali: "Ya Ali, janganlah engkau susuli satu pandangan (kepada wanita) dengan satu pandangan yang lain kerana yang pertama itu tidak menjadi kesalahan (kerana tidak sengaja), tetapi tidak yang kedua." (Hadis riwayat Abu Daud).Demikian juga melihat gambar wanita dan lelaki yang tidak menutup aurat, separuh bogel di depan mata, televisyen, paparan komputer dan juga papan iklan tepi jalan. Banyakkan beristighfar, minta ampun daripada Allah. Namun, pandangan pertama kali adalah dimaafkan seperti maksud hadis di atas3. Menjauhi daripada berdua-duaanKetika berdua-duaan, rangsangan untuk bermaksiat akan lebih kuat kerana godaan syaitan. Justeru, ia dilarang oleh agama.Berhubung perkara ini, Nabi bersabda: "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah dia bersendirian dengan seorang wanita di suatu tempat tanpa disertai mahramnya, kerana sesungguhnya yang ketiganya adalah syaitan." (Hadis riwayat Ahmad).Amalkan membawa kawan atau teman jika ingin berbincang dengan dengan insan berlainan jenis mengenai perkara bermanfaat4. Menjauhi daripada bersentuhanJika melihat seseorang wanita dengan syahwat dilarang oleh agama, bersentuhan kulit dengannya pasti lebih ditegah lagi. Dalam sebuah hadis oleh Bukhari dan Muslim diriwayatkan: "Tidak pernah tangan Rasulullah menyentuh tangan wanita yang tidak halal baginya."Dalam riwayat yang lain Nabi bersabda, "Ditikam salah seorang daripada kamu dengan jarum daripada besi pada kepalanya adalah lebih baik baginya daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya." (Hadis riwayat Thabrani)Bagaimanapun, pergaulan antara lelaki dan wanita bukanlah dilarang secara 100 peratus. Apa yang dilarang ialah pergaulan bebas. Namun dalam suasana tertentu yang terkawal ia diizinkan, contoh, ketika menuntut ilmu dan berjual beli.

No comments:

Post a Comment